KLUANG: Bagi menakut-nakutkan peminjam, sebuah syarikat pemberi pinjaman wang dari Singapura sanggup mengupah samseng tempatan dengan bayaran sekitar RM700 hingga RM1,000.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata, kegiatan itu terbongkar selepas polis menahan empat individu iaitu tiga lelaki dan seorang wanita, berumur antara 27 hingga 35 tahun, di sebuah hotel di Johor Bahru, Khamis lepas.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati kumpulan itu bertindak menakutkan peminjam yang culas dengan melakukan perbuatan khianat dengan api serta menyimbah cat di kediaman peminjam terbabit.
"Sebelum itu, pada Rabu lepas (8 Feb) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, telah menerima satu laporan berkaitan khianat dengan menyimbah cat merah di sebuah rumah di daerah ini.
"Melalui maklumat dan risikan yang dilakukan, pihak polis berjaya membuat tangkapan dalam tempoh kurang daripada 24 jam," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bahrin berkata kesemua individu yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau termasuk penyalahgunaan dadah.
Bagaimanapun, kesemua mereka mendakwa tidak mengenali individu yang menguruskan syarikat yang mengupah mereka dan hanya mendapat arahan kerja daripada Facebook Messenger selain upah dibayar melalui dalam talian.
"Siasatan awal mendapati 'empat sekawan' ini telah melakukan tugasan terbabit semenjak awal tahun ini dengan menggunakan kenderaan sewa. Dengan tertangkapnya mereka, empat kes khianat sekitar Seri Alam dan bandar raya ini, berjaya diselesaikan," katanya.
Kesemua mereka direman bermula 9 Feb lepas hingga Selasa ini (14 Feb) dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
ACP Bahrin Mohd Noh berkata, kegiatan itu terbongkar selepas polis menahan empat individu di sebuah hotel di Johor Bahru, Khamis lepas. - Facebook Polis Daerah Kluang
Untung bersih suku pertama CelcomDigi naik kepada RM376.46 juta
Keuntungan bersih CelcomDigi Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024 meningkat kepada RM376.46 juta.
Niaga AWANI: Kesan limpahan pertumbuhan sektor semikonduktor
Pasca pengumuman PM berkaitan semikonduktor.
Bagaimana Kecerdasan Buatan (AI) berperanan dan mendapatkan manfaat daripada pertumbuhan sektor semikonduktor di negara ini?
#NiagaAWANI
Bagaimana Kecerdasan Buatan (AI) berperanan dan mendapatkan manfaat daripada pertumbuhan sektor semikonduktor di negara ini?
#NiagaAWANI
KKM arah penjualan produk rempah mengandungi etilena oksida dihentikan
Etilena Oksida sering digunakan untuk membunuh serangga perosak dan turut digunakan dalam rempah bagi mengawal cemaran mikrobiologi yang berpunca daripada bakteria, virus dan kulat.
Perkara penting mengenai Strategi Semikonduktor Nasional (NSS)
NSS dijangka dapat menarik pelaburan sebanyak RM500 bilion dalam bidang berkaitan dengan semikonduktor.
Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Niaga AWANI: 3 fasa strategi NSS, tarik berbilion pelaburan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan tersebut antara lima sasaran dalam Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) Malaysia, yang akan meliputi tiga fasa.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kadar sewa Pasar Payang bakal dinaikkan mulai Januari tahun depan
Kadar sewa Pasar Payang 1 dan Pasar Payang 2 akan dinaikkan sehingga RM50 seunit dijangka mulai Januari tahun depan.
Empat pembantu penguasa Kastam didakwa terima rasuah berjumlah RM39,750
Empat Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pada Selasa, atas pertuduhan menerima rasuah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM39,750.
XPDC tempa nama, satu-satunya kumpulan rock dibenar buat persembahan di Terengganu
Ini kali kedua XPDC Kita Pengyu dijemput dan dibenar mengadakan persembahan di Terengganu selepas kali pertama pada 2023 di Bandar Kerteh.
Pelantikan Tun Mohd Ali Mohd Rustam penggal kedua
Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Tun Mohd Ali Mohd Rustam sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua, bermula 4 Jun 2024.
Istiadat pengurniaan berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Istiadat pengurniaan berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Suami isteri lagak samseng di Jambatan Pulau Pinang dihukum
Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan menakutkan secara jenayah yang dilakukan kepada dua lelaki.
Samseng ganggu JPJ ketika tahan lori lebih muatan
Dipercayai lori itu dipandu oleh lelaki warga asing dengan membawa muatan batu kerikil melebihi 80 peratus had ditetapkan.
Serangan berparang: Ketua samseng antara lapan ditahan, tiga masih diburu
Setakat ini tangkapan ke atas suspek berjumlah lapan orang dan kesemuanya adalah lelaki tempatan.
Polis tahan samseng diupah takutkan peminjam
Kumpulan itu menakutkan peminjam culas dengan melakukan perbuatan khianat dengan api serta menyimbah cat di kediaman peminjam terbabit.
'Abang kawasan' ditahan minta wang perlindungan
Polis berjaya mengesan dan menahan suspek serta merampas sebuah telefon bimbit dan kad sim sekitar jam 4.30 petang.
Polis buru lelaki berhentikan kereta, lagak samseng di lebuh raya
Tindakan individu terbabit yang dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan dinaiki mangsa tular di media sosial.
Polis kesan pemandu BMW berkelakuan samseng di jalan raya
kejadian yang berlaku di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang.
Polis buru pemandu Myvi samseng
Polis sedang mengesan pemandu kereta Perodua Myvi yang bertindak samseng dengan menghalang laluan kenderaan lain di MRR2 berhampiran Taman Layang-layang di sini, yang tular di media sosial.
Pemandu lori tular lagak samseng didapati positif dadah
Ujian saringan air kencing terhadap lelaki berusia 40-an itu didapati positif dadah jenis methampetamine, ketamin dan amphetamine.
Polis kesan kanak-kanak bukan warganegara tular minta sedekah
Polis sedang mengesan kanak-kanak yang dipercayai bukan warganegara meminta sedekah di jalanan, ekoran beberapa video tular di media sosial, baru-baru ini.